Menceburi "Network Marketing Business"

Robert T. Kiyosaki, seorang usahawan yang sangat berjaya dari Amerika Syarikat dan juga penulis buku terkenal seperti Rich Dad, Poor Dad dan CashFlow Quadrant, telah mengesyorkan perniagaan "Network Marketing" sebagai cara menghasilkan pendapatan dengan cepat dan berkesan melalui kaedah “Leveraging”.Ramai yang telah terlibat dalam perniagaan MLM atau 'Network Marketing" tetapi masih belum mendapat pendapatan yang diharap-harapkan.Ini bukan bermaksud anda telah gagal sepenuhnya, sebaliknya anda perlu menjadikan kegagalan tersebut sebagai landasan untuk mencapai kejayaan.

Beberapa faktor yang perlu diambil kira apabila ingin menyertai mana-mana syarikat MLM atau "Network Marketing" ialah:
1. Perintis Kategori -contoh Amway (Detergen), Nu Skin (Kosmetik)
2. Syarikat -Kukuh & pesat berkembang
3. Produk -Mempunyai produk ‘killer”, produk mengikut trend
4. Masa -Jadilah yang terawal
5. Pelan Bonus -Adil,menguntungkan & jangka panjang
6. Sistem -Bantuan & sokongan yang berterusan